PASIR MAS: Berapa banyak rambut kita gugur dalam sehari? Masalah rambut gugur bukan perkara yang kita perlu ambil mudah.
Keguguran rambut yang agak banyak boleh menyebabkan kebotakan.
Lebih mesra disapa Suzie, pemilik Puteri Salon ini berkata, ramai dalam kalangan wanita khususnya kurang menitik beratkan masalah keguguran rambut.
“Sebenarnya masalah klau kita kata oge tino ni dia nak mari salon biasanya nak comel lah, nak comelkan rambut, jadi biasanya bab-bab nak comel ni dia akan mari bila ada masalah, masalah hak paling banyaklah paling ramai customer kita mari loni masalah keguguran rambut. Agak-agak saya boleh kata 70 80 peratus hak mari memang ada masalah keguguran rambut.”
Katanya, mereka perlu cakna jika berlakunya keguguran rambut secara berterusan dan jangan ambil mudah akan masalah tersebut.

“Keguguran rambut ni sebenarnya satu proses di mana rambut kita ni semakin menipis dan kalau macam rambut ni bila semakin menipis rambut gugur dia boleh jadi masalah kebotakanlah. Jadi bila masalah kebotakan lebih teruk lah kita nak merawat dia.”
Katanya, punca utama rambut gugur adalah daripada segi pemakanan, faktor genetik, masalah hormon disebabkan mengandung, pengambilan ubat termasuk ubat kimoterapi, pemakaian tudung ketika rambut masih basah, stress atau tekanan yang melampau, terlalu kerap mewarnakan rambut serta faktor-faktor lain yang berkemungkinan.
Menurut Suzie, ada beberapa rawatan untuk masalah keguguran rambut supaya ia boleh dirawat sebelum lebih parah.
“Kalau kita tengok rambut makin nipis makin nipis makin nipis jadi kita tengok kalau kata rambut dia tu kusam, rambut dia tu jenis tidak licin, kita boleh suggest dia rawatan keratin sebab rawatan keratin dia boleh bagi protien balik kepada rambut at the same time dia bagi rambut tu bersinar rambut tu licin mudah kita nak sikat rambut, rambut tak gugur lah,”
“Satu lagi kita buat rawatan kita steam rambut kita pakai hair tonik untuk kuatkan akar rambu, jadi kalau kita buat dengan konsisten akar rambut tu akan semakin kuat semakin kuat lama-lama tak ada lah masalah hair fall tu,” dia berkata ketika ditemui pemberita.
Katanya selain itu, dia juga membuat rawatan kulit kepala atau scalp treatment bagi membantu untuk mengimbangi kulit kepala seterusnya dapat mengatasi masalah kulit kepala dan rambut terutamanya rambut gugur.

Menurut Suzie, rawatan keguguran rambut ini boleh dilakukan setiap minggu atau dua minggu sekali bergantung kepada tahap keguguran rambut yang dialami mereka.
“Kalau dari segi penjagaan rambut pakai syampu ke apa sebenarnya tak semestinya setiap hari kita syampu cuma kita boleh basuh rambut maknanya basuh tanpa menggunakan syampu pun boleh, cuma kalau syampu baik dua haari sekali sebab kalau kita syampu hari-hari rambut kit boleh jadi dry. Jadi kita cuma basuh untuk berminya, bila berminyak di kulit kepala ia akan menyebabkan menangkap hak luar-luar hak kotoran kat luar menyebabkan liang kulit kepala kita ni ntersumbat, hak tu jadi kelemumur. Bila kelemumur darah tak boleh ajaln molek ia akan menyebabkan akar rambut kita tak kuat kita pun mengalami lah masalah keguguran rambut.”
Hampir 12 tahun dalam bidang salon dan kecantikan, suzie berkata untuk mengelak daripada keguguran rambut, dia menasihatkan agar kita semua tidak menyimpan rambut yang terlalu panjang.
Katanya, kita semua perlu trim atau potong bahagaan hujung rambut setiap tiga minggu atau dua bulan sekali bagi mengelakkan ia menjadi kusut menyebabkan akar rambut tidak kuat sekaligus berlakunya masalah keguguran rambut.

Menurut Suzie, proses rawatan keguguran rambut mengambil masa agak lama, tetapi ia satu proses di mana setiap pelanggannya cukup berpuas hati setiap kali membuat rawatan di salonya.
“Step dia macam gini, biasa customer hak mari dia ada masalah rambut keguguran ni biasa kita tengok memang dia tak jaga rambut, contohnya bila dia mari kita tengok rambut berminyak terlampau berminyak, kalau kita tanya sebab apa sebab macam mungkin kerja daripada pagi sampai petang, tak buka tudung. Jadi, dia berminyak, bila berminyak esok tak basuh, lusa tak basuh jadi kita akan guna satu syampu, syampu khas untuk cuci balik angkat balik minyak-minyak tu, kita mungkin syampu lebih banyak daripada orang hak tiada masalah keguguran rambut, lepas syampu kita akan urut kepala, kita akan bagi hair mask untuk bagi meresap balik protien-protien dia kan, lepas tu kita akan steam rambut pastu kita akan keringkan dengan menggunakan hair dryer cuma bila kita keringkan kita tak pakai suhu sebab suhu ni boleh merosakkan rambut.”
Menurutnya, mereka yang mempunyai masalah rambut gugur boleh merawat di rumah dengan menggunakan syampu yang sesuai serta menggunakan serum dan tonik rambut dengan betul.
Imedikel TV






