Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV
Kulit wajah yang sihat, cantik dan halus menjadi impian semua orang lebih-lebih lagi bagi golongan wanita. Untuk mendapatkan kulit wajah yang diidamkan ia memerlukan penjagaan yang betul dan kebersihan perlu diutamakan.
Namun ada segelintir yang mengambil mudah akan kebersihan kulit wajah mereka. Ada yang memakai solekan sepanjang hari malah mereka tidak membersihkan solekan dengan betul tersebut sehingga mengakibatkan masalah pada kulit wajah mereka.
Masalah yang kerap dihadapi adalah masalah jerawat pada wajah. Jerawat merupakan masalah kulit yang paling kerap dihadapi orang ramai tidak kira jantina mahupun peringkat umur.
Malah hanya disebabkan jerawat, individu tersebut menghadapi kurang keyakinan diri serta boleh menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada orang lain.
Bagi mencegah masalah kulit seperti jerawat berlaku adalah dengan rajin mencuci atau membersihkan wajah.
Wajah perlu dibersihkan sebelum tidur kerana ia dapat memberi ruang untuk pori-pori kulit bernafas dan berasa lega.
Selain mencuci, amalan membersih wajah dengan betul dan teratur, perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian.
Antara amalan yang perlu dibuat adalah dengan menggunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit wajah serta ini adalah asas penting di dalam rutin penjagaan harian di rumah.
Mencuci wajah waktu pagi adalah langkah untuk proses penyerapan produk penjagaan kulit dan proses membuang sel kulit mati atau kotoran pada wajah yang terkumpul pada waktu malam.
Mencuci wajah pada waktu malam pula, adalah langkah penting bagi membantu menghapuskan sisa kotoran daripada solekan, produk penjagaan kulit, dan kotoran yang terkumpul di wajah sepanjang hari.

Seterusnya setelah mencuci muka, individu itu perlulah memakai “toner” atau penyegar. Toner adalah produk yang akan diguna pakai selepas proses mencuci muka mencuci muka dan diguna sebelum pelembap.
Penyegar juga perlulah dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit. Menggunakan penyegar boleh menghilangkan minyak berlebihan, menambah kelembapan pada kulit serta penyegar untuk kulit sensitif dapat membantu melegakan kulit yang sensitif.
Selepas menggunakan penyegar individu itu perlulah memakai pelembap untuk melembapkan wajah mereka.
Sebelum memakai apa-apa produk penjagaan kulit invidu itu perlu mengetahui terlebih dahulu jenis kulit mereka.
Dengan mengetahui jenis kulit, ia akan dapat membantu dalam memilih jenis pelembap yang sesuai dengan jenis kulit muka.
Jika kulit jenis kombinasi atau berminyak, mereka perlukan pelembap jenis yang lebih ringan. Jika kulit kering, mereka perlukan pelembap jenis krim.
Penjagaan seterusnya adalah dengan memakai pelindung matahari.Pentingnya pelindung matahari ini adalah untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran matahari, dan daripada penuaan kulit pra-matang.
Individu itu perlulah memilih pelidnung matahari yang betul dan bersesuaian. Seeloknya pilihlah pelindungan matahari yang mengandungi SPF50 dan keatas.
Sama seperti memilih pelembap, jenis kulit, gaya hidup serta persekitaran seperti iklim tempat tinggal akan menentukan pelindung matahari yang tepat.
Dengan mengamalkan empat amalan asas ini ia dapat membantu mengurangkan masalah pada wajah.
Akan tetapi lakukan amalan ini dengan tangan yang bersih, bilas wajah dengan air yang bersih dan gunakan tuala lap wajah yang lembut dan bersih untuk elakkan kerosakkan berlaku pada wajah.
Imedikel TV






