Home Buletin Semasa MARAHKAN ISTERI, ANAK YANG KENA TUMBUK, TAMPAR

MARAHKAN ISTERI, ANAK YANG KENA TUMBUK, TAMPAR

265
0

 KUALA LUMPUR: Seorang penunda kenderaan tergamak menumbuk dan menampar dua anaknya, masing-masing berusia 11 tahun dan tiga tahun ketika bertengkar dengan isteri.

Kejadian jam 11.47 pagi Rabu di kediaman mereka di Taman Cheras Indah, dekat sini, selepas isteri suspek meminta semula pasport miliknya serta anak-anak, menyebabkan lelaki itu berang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata ketika bertengkar dengan isterinya, suspek didakwa menumbuk muka anak perempuan mereka berusia 11 tahun sebanyak dua kali.

Terdahulu pada Ahad minggu lalu, katanya, lelaki berkenaan juga didakwa menampar muka anak lelakinya berusia tiga tahun dengan kuat sehingga meninggalkan kesan lebam.

“Pertengkaran tercetus apabila isteri suspek bertanyakan pasport miliknya dan anak-anak, juga bertanya siapa pemilik sepasang kasut di pejabat suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa turut diugut suspek apabila memberitahu mahu membuat laporan polis atas perbuatannya itu.

Berikutan aduan yang diterima daripada isteri suspek yang juga suri rumah berusia 37 tahun, lelaki berkenaan ditahan di Kampung Ampang, Ampang Jaya, pada jam 6.45 petang kelmarin.

“Suspek lelaki tempatan berusia 40 tahun, pekerja penunda kenderaan. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah. Ujian saringan air kecing ke atasnya juga didapati negatif dadah,” katanya.

Mohd Azam berkata, dua anak mangsa kini berada di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk rawatan dan pemantauan lanjut.

“Mangsa tiga tahun cedera kemerahan pada pipi kiri, manakala kakaknya lebam pada mata kiri. Suspek direman tujuh hari hingga 7 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iatu melakukan ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here