Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV
Tular satu video, dipercayai instafamous dari negera Seberang membuat kandungan atau “content” berjoget di Mekah.
Ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan kerana tidak menghormati mereka yang mengerjakan ibadah di Tanah Suci.
Wanita itu dikenali sebagai Athalia Ariella Aubry adalah seorang tiktoker yang berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur yang tampil bertutup dengan purdah dan jubah mengundang rasa marah warganet atas sikapnya yang tidak sopan ketika berada di Mekah.

Wartawan I Medikel TV bertanyakan pendapat orang ramai mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
M.Nazre M. Naser,41, dari Paka, Terengganu, berkata, memang tidak wajar perbuatan tersebut lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Suci tempat melakukan amal ibadah.

“Mekah tempat semua orang impikan untuk pergi mengerjakan amal ibadah. Ramai yang tak dapat pergi mungkin sebab kekangan kewangan dan sebagainya. Namun, ia dicemari dengan perbuatan yang tidak bermoral.
“Perlu ada adab bila kita berada di mana sekalipun. Tak manis dok berjoget begitu. Sebagai wanita muslim tak kisah la di Mekah atau di Malaysia, memang tak elok melainkan untuk peribadi bukan tontonan umum,” katanya ketika dihubungi.
Jauhariatul Akmal Johar, 37, berkata isu joget di Mekah tidak sepatutnya berlaku juika si pelaku yahu tujuan utama ke Tanah Suci.

Katanya tindakan Wanita berkenaan berjoget di laluan pejalan kaki dipercayai di kawasan Tanah Suci Mekah bukan sekadar mengganggu orang sekeliling bahkan kelihatan sangat tidak beradab.
“Tak kiralah tiktoker tu asal dari negara mana sekalipun, dia tetap membawa imej seorang Wanita Islam yang sangat dituntut untuk menjaga adab dan tingkahlaku.
“Sudahlah tak jaga adab, Nampak sangat biadab apabila nampak seolah-olah mempermainkan tempat kunjungan seluruh umat Islam lain yang ke sana untuk beribadah sepanjang musim haji baru-baru ini,”katanya.
Jelas isu berkenaan bukan sahaja menunjukkan rendahnya nilai Wanita Islam di mata umu, tetapi turut mencalar imej Islam.
Imedikel TV






