Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikeltv
Membeli belah dalam talian sudah semestinya menjadi pilihan ramai tidak kira usia. Malah ianya sangat cepat dan mudah.
Tambahan lagi, mereka yang gemar menggunakan “online shopping” ini boleh merujuk lebih banyak barang yang disediakan di platform tersebut dan membuat pembelian dengan mudah tanpa perlu keluar dari rumah.
Untuk masyarakat zaman ini, ia cukup mudah dan menjimatkan masa dan tenaga berbanding terpaksa mengeluarkan kos lain untuk membeli belah di kedai atau pasar raya.
Kepada mereka yang suka membeli belah secara dalam talian, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda membeli-belah dengan bijak.
Antara tips penggemar “online shopping” boleh cuba adalah sentiasa memeriksa dan membandingkan hargasebelum melakukan pembelian.
Untuk melakukan perbandingan muat turun aplikasi seperti Hargapedia dan Price Catcher dari KPDNHEP.
Aplikasi tersebut dapat membantu pengguna untuk membandingkan barang atau produk yang dijual dalam laman web yang berbeza.
Menariknya aplikasi ini juga mempunyai kemudahan seperti penjejakan harga untuk membolehkan pengguna mencari harga terendah bagi setiap barang yang mereka inginkan.
Dengan bantuan aplikasi ini, pengguna tidak perlu lagi membandingkan harga dengan pergi ke kedai atau melayari laman web berbeza untuk mencari harga terbaik.

Selain daripada perbandingan harga, pengguna juga boleh melihat faedah yang ditawarkan oleh peniaga tersebut. Jika ia datang dengan tawaran seperti pulangan koin atau penghantaran percuma, Itu juga adalah salah satu perkara asas yang penting harus pengguna mengambil kira.
Semak ulasan pada setiap barangan yang hendak dibeli juga perlu dilakukan oleh pengguna kerana ia sangat membantu pengguna dalam membuat pembelian yang terbaik.
Ulasan atau maklum balas yang diberikan di setiap barangan akan lebih membantu pengguna untuk melihat keadaan sebenar barangan tersebut.
Seterusnya pengguna juga boleh menggunakan fungsi troli di laman web membeli belah tersebut. Tujuan menggunakan fungsi ini adalah untuk membandingkan produk dan harga semasa membeli-belah.
Ia bukan sahaja untuk memudahkan pengguna untuk membuat pembelian tapi pada masa yang sama, ia juga membantu untuk pengguna tersebut mengingati barangan yang ingin dibeli.
Selain itu, bahagian tambah ke troli ini atau dipanggil “add to cart” sangat berguna untuk pengguna dalam membuat keputusan untuk pembelian mereka.

Sebagai pembeli yang bijak pengguna juga perlu tetapkan bajet untuk shopping online supaya membantu mengawal perbelanjaan bulanan. Dengan cara ini pengguna masih boleh lagi melakukan pembelian atas talian tapi pada masa yang sama, masih boleh lagi berbelanja secara cermat dan mempunyai tabiat menyimpan yang baik.
Jadi, buat mereka yang gemar membeli belah secara dalam talian, berbelanjalah dengan bijak dan cermat. Jangan terlalu boros dalam berbelanja kerana ia boleh membawa kepada kesan yang buruk kepada diri sendiri serta kewangan.
Kawal keinginan untuk berbelanja berlebihan dan utamakan kehendak terlebih dahulu berbanding keinginan.
Imedikel TV






