Home Hiburan JANGAN CEPAT HUKUM WALI DALAM TANGISAN, TONTON HINGGA AKHIR DULU

JANGAN CEPAT HUKUM WALI DALAM TANGISAN, TONTON HINGGA AKHIR DULU

Petaling Jaya: Pengarah bersama drama Wali Dalam Tangisan, Jamal Khan berharap penonton tidak terburu-buru menghukum karya terbabit yang mengangkat kisah perasaan terpendam di antara bapa saudara dan anak saudaranya.

Memetik laporan Harian Metro, Sebaliknya, Jamal meminta penonton mengikuti keseluruhan jalan cerita sehingga episod akhir sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Naskhah ini bukan sekadar mengetengahkan hubungan dua individu yang berdepan perasaan terlarang, tetapi turut memaparkan pergolakan jiwa, konflik dalaman serta perjuangan watak terbabit untuk mengelakkan hubungan itu daripada diteruskan.

“Kalau nak cakap benda ini sensitif, bagi saya cerita ini adalah dugaan yang diberikan kepada dua orang ini.

“Mereka pun tidak minta untuk mempunyai perasaan begitu. Jadi, apabila perasaan itu hadir, mereka perlu berkorban dan berjuang untuk mengelak daripada meneruskannya,” katanya kepada Harian Metro.

Wali Dalam Tangisan mengisahkan Alif (Jazmy Juma) dan Suraiya (Ezzanie Jasny) iaitu bapa saudara dan anak saudara yang membesar bersama dengan hanya berbeza usia empat tahun.

Hubungan rapat mereka mula berubah apabila Alif memperkenalkan teman wanitanya, Marsya (Syad Mutalib) kepada keluarga hingga membuatkan Suraiya dibelenggu rasa cemburu

Jamal berkata, kehadiran watak lain seperti Chef Redza (Haidar Hasanudin) dan Leman (Faha Azhar) turut memainkan peranan penting dalam perkembangan cerita dalam drama ini.

Menurutnya, mereka ini antara individu yang menjadi penghalang kepada hubungan antara bapa saudara dengan anak saudara berkenaan.

“Saya akui tertarik dengan skrip tulisan Liza Nur walaupun sedar naskhah ini mempunyai elemen berat dan sensitif untuk diterjemahkan ke layar televisyen.

“Tanggungjawab saya dan Riza Baharudin sebagai pengarah adalah memastikan setiap konflik dan mesej yang terkandung dalam skrip dapat divisualkan dengan baik supaya sampai ke hati penonton.

“Justeru, peminat tak boleh buat kesimpulan hanya berdasarkan petikan atau babak tertentu yang dilihat secara sepintas lalu. Kalau anda menghukum cerita ini terlalu awal tanpa menonton sampai habis, itu tidak adil.

“Anda kena tengok dahulu, kemudian barulah tahu bahawa perkara ini sebenarnya salah, tetapi ada jalan penyelesaiannya,” katanya. –  HMetro  –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here