Home Buletin Semasa JPN PERAK PANTAU RAPAT KES KEMATIAN MURID TINGKATAN TIGA, SOKONGAN PSIKOSOSIAL DISEDIAKAN

JPN PERAK PANTAU RAPAT KES KEMATIAN MURID TINGKATAN TIGA, SOKONGAN PSIKOSOSIAL DISEDIAKAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) menzahirkan rasa dukacita atas kematian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak yang disahkan meninggal dunia pada 18 November 2026.

Dalam kenyataan media, JPN Perak memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan insiden berkenaan secara dekat, selain mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sehubungan itu, JPN Perak turut menyelaras penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

“Pada masa sama, komunikasi dengan keluarga murid dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan, selain memastikan bantuan serta sokongan bersesuaian diberikan kepada keluarga berkenaan,” menurut kenyataan itu.

JPN Perak turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya menerusi media sosial.

Menurut jabatan itu, langkah berkenaan penting bagi menjaga sensitiviti keluarga serta memastikan proses siasatan dapat berjalan lancar.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here