Home Buletin Semasa PROGRAM BINA UMMAH PUPUK PERPADUAN PENDUDUK

PROGRAM BINA UMMAH PUPUK PERPADUAN PENDUDUK

354
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Meriah dan penuh dengan gelak tawa. Demikian suasana kemeriahan penduduk dun pengakalan pasir dalam program bina ummah 2023.

Hampir 500 penduduk menyertai pelbagai aktiviti yang bertempat di padang permainan taman mekasar, kampung kasar, di sini, semalam.

Team imedikel tv berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual beberapa penduduk di kampung kasar, di sini.

Program tersebut bertujuan bagi memupuk perpaduan dan menyantuni masyarakat setempat di dun pengkalan pasir.

Penyelaras program yang juga ketua unit daerah mengundi dun pengkalan pasir, idris che abu bakar,71, berkata program ini dijalankan selama 3 tahun sekali.

Katanya penduduk yang terlibat adalah di bawah mukim kasar yang membabitkan tujuh kampung.

“Tujuan nya sebenarnya antaranya untuk mengeratkan peruubungan antara orang-orang penduduk kampung ni yang kedua nya untuk nak sekolah nya nak lebih kenal penduduk,”

Dia berkata objektif utama adalah untuk menyatukan penduduk dan dalam masa yang sama dapat menegratkan lagi silaturahim anatar penduduk kampung masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya sukan rakyat termasuk tarik upih, kukur nyor, tarik tali, lari dalam guni, gubahan tuala, bola sepak, bowling padang dan pecah belon.

Terdapat 4 permainan disediakan bagi kanak-kanak antaranya mewarna, tarik upih, lari dalam guni dan pecah belon.

Manakala, 8 permainan dijalankan untuk orang dewasa seperti boling padang, isi air dalam botol, kukur kelapa, gubahan tuala, bola sepak dan tarik tali.

Selain sukaneka, terdapat juga persembahan kebudayaan termasuk silat daripada persatuan anak limbat.

Seorang peserta nik mohamad ikhwan nik mat kamar, 21, dari kampung kubang nyamok, berkata, perasaannya tidak boleh digambarkan kerana terlalu gembira apabila dapat menyertai aktviti sukan rakyat itu.

“Orang kampung ni budak-budak boleh main sukan lepas tu orang dewasa pun boleh rasa juga main sukan boleh jaga kesihatan,”

Katanya, permainan tersebut menggamit memori ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Menurut ikhwan, sukan bola baling padang menggunakan kelapa adalah sukan yang paling digemarinya sejak usia 13 tahun lagi.

Tambahnya, secara tidak langsung badan menjadi sihat kerana mengeluarkan pelih apabila bersukan.

Noriha salleh, 50, dari kampung kubang bunut, berkata, sukan tarik upih adalah sukan yang paling digemarinya.

“Dulu dia ada upih sekarang gantikan gunikan guni,”

Katanya, peredaran zaman pada waktu sekarang telah mengubah dari permainan tarik upih kepada guni.

Noriha berharap agar aktivti sukan rakyat itu akan terus dikekalkan bagi generasi akan datang.

Penganjuran program bina ummah bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Dalam program itu terdapat 30 hadiah disediakan bagi acara cabutan bertuah dan pemenang setiap acara sukan.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here