Home Luar Negara 11 MAUT, 33 CEDERA DALAM NAHAS BAS DAN TRELER DI PUNJAB, PAKISTAN

11 MAUT, 33 CEDERA DALAM NAHAS BAS DAN TRELER DI PUNJAB, PAKISTAN

Islamabad: Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala 33 lagi cedera parah selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah treler di wilayah Punjab, timur Pakistan pada Khamis, lapor Xinhua.

Memetik laporan Bernama menerusi Harian Metro, Menurut Rescue 1122, kemalangan berlaku di daerah Pakpattan apabila bas yang dalam perjalanan dari Multan ke Kasur bertembung dengan sebuah treler yang dipandu laju.

Pegawai penyelamat berkata pertembungan itu menyebabkan bas berkenaan terbalik, dengan beberapa penumpang terperangkap dalam kenderaan yang remuk.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan kecemasan, dengan beberapa daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Polis berkata identiti semua mangsa yang maut dan cedera masih belum disahkan secara rasmi, manakala punca sebenar kemalangan masih belum dapat dipastikan. -Bernama-Xinhua, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here