Home Buletin Semasa WARGA PERHUTANAN PERLU GUNA TEKNOLOGI TERKINI URUS HUTAN

WARGA PERHUTANAN PERLU GUNA TEKNOLOGI TERKINI URUS HUTAN

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Warga perhutanan hari ini perlu berani dan yakin untuk memperbaharui cara kerja bagi menghadapi cabaran semasa dalam menunaikan tanggungjawab terhadap pengurusan kawasan hutan secara holistik.


Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Radhi Chu Abdullah, berkata teknologi memperluas pandangan terhadap hutan manakala kepakaran pegawai memastikan setiap maklumat diterjemahkan kepada tindakan yang tepat.


Menurutnya, untuk menjayakan pembaharuan perkongsian ilmu dan pengalaman antara JPSM dengan Jabatan Perhutanan Negeri perlu terus diperkukuh. Kerjasamaerat dan penyelarasan berkesan dapat membantu memastikan pendekatan baharu dapat diterapkan mengikut keperluan di lapangan.


“Saya berharap pegawai pengurusan tertinggi JPSM, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Pengarah Bahagian dan Ketua Unit serta semua pegawai dan kakitangan jabatan dapat terus memperkukuh semangat kerjasama.

“Kita juga perlu meningkatkan profesionalisme serta mengamalkan budaya kerja yang berorientasikan hasil, setiap dasar, strategi dan inisiatif perhutanan dilaksanakan secara berkesan demi kepentingan negara, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, “katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Simposium Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Tahun 2026 di Hotel Grand Darulmakmur, di sini semalam.


Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Roslan Rani dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Harry Yong.


Simposium dua hari disertai kira-kira 300 peserta daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta Kumpulan Sokongan dan Pelaksana itu menumpukan resolusi mengenal pasti pendekatan untuk menghadapi cabaran pengurusan hutan yang semakin kompleks dan dinamik.


Sebanyak 20 kertas kerja berserta ulasan dan pandangan para peserta telah dibentangkan menerusi persidangan itu dan akan menjadi rujukan dalam menambah baik pengurusan hutan.


Mohd Radhi Chu berkata, dalam melaksanakan penambahbaikan tersebut, nilai akhlak dan integriti perlu terus menjadi pegangan seluruh warga kerja JPSM.


“Pengurusan yang terbaik adalah pengurusan yang meletakkan etika dan integriti di tempat tertinggi. Dalam konteks perhutanan, penghayatan pesanan ini menuntut kita melaksanakan amanah dengan jujur, bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar.


“Setiap pembaharuan yang telah dibincangkan selama dua hari persidangan itu perlu sampai ke lapangan dan menghasilkan perubahan yang boleh dinilai,” katanya

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here