Home Buletin Semasa LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN, FIRE DRILL TINGKAT KEMAHIRAN HADAPI BENCANA

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN, FIRE DRILL TINGKAT KEMAHIRAN HADAPI BENCANA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KYP Education Sdn Bhd (KESB) mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan dan Fire Drill, di sini kelmarin.

Latihan dengan kerjasama Pasukan Tindakan Kecemasan Kampus Utama UCYP University bertujuan menambahkan lagi kemahiran pasukan menghadapi kebakaran bangunan dan aktiviti menyalamat mangsa yang terperangkap

Pengurus Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KYP Education Sdn Bhd, Mohd Nazrol Zainuddin, berkata bagi menjayakan latihan yang diadakan pihaknya mendapat kerjasama

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi, di sini.

Katanya, latihan yang diadakan kali ini membabitkan aktiviti teori dan praktikal, mereka yang terbabit diberi peluang melakukan semburan air bertekanan tinggi kearah bangunan.

“Latihan merangkumi simulasi pengungsian bangunan, operasi menyelamat mangsa, rawatan bantu mula, pemadaman kebakaran serta taklimat keselamatan kebakaran bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kampus dalam menghadapi situasi kecemasan.

“Saya yakin latihan yang diadakan turut dapat memberi pendedahan kepada warga kampus termasuk penuntut berhadapan situasi sebenar kejadian kebakaran,” katanya yang turut sama mengikuti latihan berkenaan.

Beliau menambah, kakitangan dan penuntut diberi peluang untuk mencuba alat memadam kebakaran jenis debu, teknik yang betul membolehkan api dapat dipadam dengan berkesan hanya sekali guna sahaja.

Mohd Nazrol berkata, latihan bantuan kecemasan memindahkan mangsa yang cedera dan lemah menggunakan alat pengusung diadakan, mereka dipindahkan ke kawasan berkumpul jauh daripada bangunan yang terbakar seterusnya menerima rawatan.

“Rata-rata mereka yang terbabit dengan latihan ini memuji usaha dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KYP Education yang memberi kemahiran kepada mereka berhadapan dengan kebakaran dan usaha menyelamatkan mangsa.

“Pengalaman berharga berkenaan tidak mungkin dimiliki sekiranya tanpa latihan secara teori dan praktikal dilapangan,” katanya yang akan mengadakan latihan sama pada masa akan datang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here