Home Hiburan NADIA BRIAN BAKAL BERGELAR PENERBIT, MAHU GILAP BAKAT BAHARU

NADIA BRIAN BAKAL BERGELAR PENERBIT, MAHU GILAP BAKAT BAHARU

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Brian melangkah setapak lagi dalam kerjaya apabila bakal bergelar penerbit selepas hampir sedekad berkecimpung dalam bidang seni tanah air.

Memetik laporan Harian Metro, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata antara faktor yang mendorongnya membuka syarikat produksi sendiri kerana mahu mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, ketika ini dia dalam proses akhir mendapatkan lesen rasmi daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menggerakkan syarikat produksinya dikenali sebagai, NB Production.

“Saya sedang mohon lesen dari FINAS untuk buka produksi sendiri, tak kan selama-lamanya nak berlakon?

“Saya juga mahu buka produksi sendiri kerana berasa bertanggungjawab untuk membantu ketengahkan bakat-bakat baharu dalam bidang lakonan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Katanya, dia pernah menjayakan projek teater pada zaman pengajian dahulu menerusi jenama NB Production.

“Hampir 10 tahun dalam bidang lakonan, sampai masanya untuk saya melangkah lebih jauh dengan mengetengahkan bakat-bakat baharu pula. Kalau boleh, saya mahu berjaya seperti pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima.

“Saya nak ketengahkan bakat-bakat muda yang betul-betul nak bina nama sebagai anak seni kerana sebenarnya sangat ramai yang berbakat besar di luar sana,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here