Home Buletin Semasa OPERATOR KILANG DI SINGAPURA MENGAKU TIDAK BERSALAH LANGGAR POLIS TRAFIK

OPERATOR KILANG DI SINGAPURA MENGAKU TIDAK BERSALAH LANGGAR POLIS TRAFIK

Oleh: Wartawan IMedikel TV

KOTA TINGGI: Seorang operator kilang di Singapura berdepan dua pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anggota polis trafik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, hari ini.

Tertuduh, S. Hari Kumar, 25, faham namun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Norkhalida Farhana Abu Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Hari Kumar yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC di atas jalan awam telah memandu secara melulu dan membahayakan hingga mungkin menyebabkan bencana iaitu patah bahu kanan kepada Koperal Mohd Fauzi Che Zakaria.

Perbuatan itu dilakukan pada 13 September lalu, lebih kurang jam 10.03 pagi di Jalan Yusuf, Bandar Kota Tinggi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda boleh sampai RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.

Bagi pertuduhan kedua, Hari Kumar didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada penjawat awam itu yang menjalankan kewajiban yang sah di sisi undang-undang, pada tarikh dan lokasi sama lebih kurang jam 9.46 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nuraini Shapee, manakala tertuduh diwakili peguam B Mariammah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, serta menetapkan 5 Oktober untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here