Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan beliau akan hadir menyaksikan saingan Piala Ryder 2027 tanpa mengira lokasi kejohanan berprestij itu berlangsung.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Trump membuat kenyataan itu ketika berada di Dublin, Ireland selepas ditanya sama ada beliau akan menghadiri kejohanan berkenaan.
“Ya, sudah tentu. Ia kejohanan besar,” kata Trump.
Dalam masa sama, Trump turut melobi supaya Piala Ryder 2027 diadakan di Turnberry, Scotland, padang golf miliknya.
“Saya memang fikir Piala Ryder sepatutnya diadakan di Turnberry tetapi ia tidak akan berlaku, mungkin kerana lokasi kejohanan sudah ditetapkan 10 tahun lebih awal,” katanya.
Trump berada di Ireland untuk bertemu Presiden Ireland, Catherine Connolly dan Taoiseach Michael Martin.
Lawatan berkenaan turut mencetuskan kontroversi selepas Trump menyatakan sokongan terhadap idea penyatuan Ireland.
Lawatan Trump ke Ireland itu juga dijadualkan bertepatan dengan kejohanan Terbuka Ireland di Jelajah Dunia DP yang berlangsung di padang golf miliknya di utara Doonbeg.
Pemain Ireland, Shane Lowry kini mendahului kejohanan berkenaan selepas tiga pusingan dengan catatan 16 di bawah par.– AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






