Home Luar Negara 16 MAUT RUMAH JAGAAN WARGA EMAS TERBAKAR

16 MAUT RUMAH JAGAAN WARGA EMAS TERBAKAR

Berlin: Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di selatan Chile, menurut media tempatan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Memetik pihak berkuasa di negara Amerika Selatan itu, beberapa media melaporkan kebakaran itu berlaku pada petang Jumaat.

Gambar yang diterbitkan oleh akhbar La Tercera menunjukkan api besar menyala dari bumbung bangunan.

Kejadian berlaku berhampiran bandar Pitrufquén di selatan negara itu.

Sepuluh orang dilaporkan telah diselamatkan daripada bangunan itu dan dibawa ke hospital akibat kecederaan.

Beberapa pasukan bomba dan penyelamat dari bandar jiran dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut pihak berkuasa, 26 orang berada di dalam rumah itu ketika api marak. Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Bernama Dpa, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here