Home Luar Negara TANAH RUNTUH DI CHINA: 13 MAUT, 3 MASIH HILANG

TANAH RUNTUH DI CHINA: 13 MAUT, 3 MASIH HILANG

BEIJING: Tanah runtuh yang melanda wilayah timur China mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan masih hilang berikutan hujan lebat berterusan akibat taufan Saudel.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, tragedi tanah runtuh di Kampung Mingkeng dalam wilayah Jiangxi pada Sabtu lalu mengorbankan 12 nyawa dan menyebabkan seorang lagi hilang selepas kediaman serta infrastruktur jalan raya tertimbus lumpur.

Seorang lagi mangsa ditemui maut manakala dua lagi masih hilang dalam tanah runtuh berasingan yang melanda perbandaran berhampiran di Zuo’an dan Tanghu.

Bencana itu tercetus susulan hujan lebat berterusan yang dibawa oleh Taufan Saudel sejak membadai pesisir pantai timur China pada hujung bulan lalu, hingga memaksa beberapa perbandaran menghentikan perkhidmatan pengangkutan, operasi sekolah dan sektor pekerjaan.

Bencana terbaharu ini menyusul selepas banjir glasier melanda kawasan Himalaya bulan lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 nyawa di wilayah Tibet serta lebih 1,300 mangsa di Nepal, selain menyebabkan ribuan lagi dilaporkan hilang.

Pakar sains memberi amaran bahawa perubahan iklim global kini mempercepatkan pencairan ais glasier dan mencetuskan taufan ekstrem yang lebih kerap, sekali gus meningkatkan risiko bencana alam di rantau berkenaan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here