Home Hiburan ISA KHAN MAHU BAPA CULAS NAFKAH ANAK DIHUKUM PENJARA

ISA KHAN MAHU BAPA CULAS NAFKAH ANAK DIHUKUM PENJARA

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Isa Khan, 33, berpandangan bapa yang culas memberikan nafkah kepada anak sendiri wajar dikenakan hukuman berat, termasuk penjara, sebagai pengajaran.

Memetik laporan Berita Harian, Isa menerusi perkongsian di platform Threads menyifatkan kegagalan menunaikan tanggungjawab terhadap anak sebagai perkara serius, lebih-lebih lagi apabila beban membesarkan anak terpaksa dipikul seorang diri oleh ibu.

“Lelaki yang culas nafkah anak sepatutnya dihukum penjara. Betapa banyak ibu tunggal di luar sana yang ‘struggle’ gila untuk besarkan anak kau, darah daging kau,” katanya.

Isa atau nama sebenarnya, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, berkata demikian susulan isu tanggungjawab bapa dalam memastikan kebajikan anak terus terpelihara.

Perkongsian berkenaan dipercayai merujuk kepada kewajipan memberikan nafkah kepada anak yang tetap perlu dilaksanakan walaupun berlaku perceraian antara pasangan.

Isu berkenaan kemudian mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna Threads, dengan sebahagian besar menyatakan sokongan terhadap pandangan Isa, terutama wanita yang pernah melalui pengalaman berkaitan.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna termasuk pengalaman terpaksa menanggung sendiri keperluan anak, selain menyelesaikan hutang yang ditinggalkan bekas suami selepas perceraian.

“Betul dan berapa ramai lelaki yang bukan sahaja culas nafkah ketika dalam perkahwinan, malah meninggalkan semua hutang kepada bekas isteri. Belum lagi nama busuk disebabkan dia.

“Saya tengah lalui penat untuk sara anak-anak dan bayar hutang dia walaupun sudah tiga tahun bercerai,” tulis seorang pengguna. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here