Home Buletin Semasa PEMANDU DITAHAN KERANA SERANGAN SEKSUAL KE ATAS KANAK-KANAK PEREMPUAN 3 TAHUN DI...

PEMANDU DITAHAN KERANA SERANGAN SEKSUAL KE ATAS KANAK-KANAK PEREMPUAN 3 TAHUN DI DALAM BAS

Maharashtra, India: Seorang pemandu bas sekolah ditahan kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas mangsa menjadi murid terakhir yang dihantar pulang di Kamothe pada petang Rabu, menurut polis.

Memetik laporan Agensi melalui Harian Metro, Suspek memandu sebuah bas persendirian untuk menghantar dan mengambil pelajar, lapor Times Of India.

Polis mendakwanya termasuk kesalahan berkaitan rogol ke atas kanak-kanak perempuan di bawah umur 12 tahun, serta Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Menurut polis, kanak-kanak malang itu berulang-alik ke sekolah setiap hari menaiki bas persendirian itu bersama murid-murid lain.

Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, pemandu berkenaan mengambil murid tadika dan sekolah rendah di Kamothe untuk dihantar pulang.

Selepas murid-murid lain turun di destinasi masing-masing, kanak-kanak berusia tiga tahun itu didakwa ditinggalkan berseorangan di dalam bas bersama pemandu terbabit.

Polis berkata suspek didakwa mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk melakukan serangan seksual terhadap mangsa.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa tiba di rumah dan mengadu sakit perut dan didakwa memberitahu bahawa “pakcik pemandu” mengganggunya di dalam bas.

Nenek mangsa melaporkan perkara itu kepada pengurusan sekolah sebelum membuat laporan polis. Susulan pemeriksaan perubatan ke atas mangsa, polis mengesahkan berlakunya serangan seksual.-Agensi, HMetro–

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here