Home Luar Negara 2 SUSPEK TEMBAK POLIS DI TAK BAI MAUT DALAM OPERASI KHAS

2 SUSPEK TEMBAK POLIS DI TAK BAI MAUT DALAM OPERASI KHAS

NARATHIWAT: Dua lelaki yang dipercayai menembak mati anggota polis ketika operasi membanteras pengedaran dadah di Tak Bai, Narathiwat, pada Ahad, ditembak mati dalam satu operasi khas awal pagi hari ini.

Memetik laporan Bernama menerusi Harian Metro, Komander Polis Wilayah 9, Leftenan Jeneral Piyawat Chalermsri berkata kedua-dua lelaki berusia 23 dan 30 tahun maut dalam operasi di daerah Sukhirin, kira-kira 2 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata insiden berbalas tembakan berlaku apabila polis mengepung sebuah rumah usang dipercayai tempat persembunyian kedua-dua suspek itu.

Suspek mula melepaskan tembakan ke arah polis dan bagi mempertahankan diri, polis terpaksa membalas tembakan, katanya.

“Pemeriksaan di tempat kejadian hari ini turut menemukan semula dua pucuk pistol milik anggota Balai Polis Tak Bai yang maut pada Ahad. Kedua-dua pistol itu dipercayai dilarikan suspek,” katanya pada sidang media hari ini. 

Beliau mengesahkan tiada suspek yang berjaya melarikan diri dalam operasi pada Rabu.

Pada Ahad, dua anggota polis maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan seorang lelaki ketika menjalankan operasi membanteras pengedaran dadah di Tak Bai. – BERNAMA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here