Home Hiburan BELLA DOWANNA ENGGAN KONGSI STATUS, MINTA WANITA TOLAK ‘SITUATIONSHIP’

BELLA DOWANNA ENGGAN KONGSI STATUS, MINTA WANITA TOLAK ‘SITUATIONSHIP’

Petaling Jaya: Pelakon, Bella Dowanna memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai status peribadinya demi mengelakkan gangguan pihak ketiga yang boleh merosakkan kebahagiaan.

Memetik laporan Harian Metro, Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 23, berkata situasi semasa yang menyaksikan pelbagai isu perosak hubungan rumah tangga atau ‘kekasih gelap’ membuatkan dia lebih berwaspada.

“Mengenai status hubungan terkini, saya tiada komen. Saya tidak mahu terlalu menunjukkannya sebab nanti orang cuba kebas (ambil).

“Bukan berdasarkan pengalaman, tetapi saya dah tengok keadaan sekeliling, penyondol ada di mana-mana sekarang. Kena hati-hati, kadang-kadang musuh dalam selimut. Nasihat saya, jangan jadi penyondol,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menepis anggapan orang ramai bahawa dia masih berstatus ‘single’ disebabkan terlalu memilih pasangan, Bella berkata, dia sentiasa membuka pintu hati buat mereka yang ingin mengenali dirinya.

“Siapa kata saya ‘single’? Ada sahaja macam-macam cara untuk orang kenal dengan saya. Tetapi yang saya tertarik, bila saya nampak ‘effort’ dia lain daripada orang lain.

“Ini bukan pengalaman saya, tetapi saya rasa untuk seseorang ambil hati itu ada banyak cara, mungkin boleh ajak keluar makan dan kena ada komunikasi.

“Jadi saya rasa komunikasi itu penting. Mungkin kita boleh berbincang dulu dan berkomunikasi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Bella turut menyuarakan pendiriannya untuk menolak ‘situationship’ atau hubungan romantik tanpa status jelas yang dianggap hanya merugikan golongan wanita.

“Saya tak suka (situationship). Saya wakilkan semua wanita di dalam dunia ini. Saya ada ramai kawan-kawan yang tersakiti dan saya wakilkan mereka.

“Sebenarnya untuk ‘make a move’ (memulakan langkah) tidak bergantung kepada lelaki sahaja, perempuan pun boleh tetapi berpada-padalah.

“Kalau tahu ‘situationship’ ini tidak ke mana-mana, kenapa masih berada dalam situasi itu? Awak boleh keluar sahaja daripada situasi itu dan awak tidak akan rugi apa-apa,” kongsinya.

Ditanya punca golongan wanita sukar keluar daripada situasi berkenaan, Bella berkata, perkara itu berkait rapat dengan sifat semula jadi wanita yang penyayang.

“Sebab wanita ini sifat dia penyayang dan emosional. Dia bergantung secara emosi dengan seseorang itu dan berfikir mengikut emosi.

“Bila sudah bergantung dengan seseorang walaupun baru beberapa bulan, susahlah dia nak keluar sebab cepat sayang. Tetapi kita sendiri sebagai seorang wanita kena tegas dan ada pendirian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bella tampil membintangi drama naskhah romantik komedi terbaharu berjudul Ate Kome, I Love You yang ditayangkan di platform penstriman Viu.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here