Home Luar Negara KERA DISELUDUP UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN EKSOTIK

KERA DISELUDUP UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN EKSOTIK

139
0

Bangkok: Cubaan menyeludup 27 kera ekor panjang ke Laos untuk dihidangkan sebagai makanan eksotik terhenti selepas dua warga Thailand ditangkap di daerah Nong Han di Udon Thani di negara itu.

Pihak polis menerima maklumat daripada Bahagian Sumber Asli dan Jenayah Alam Sekitar (NRECD) terus mengambil tindakan dengan menahan dua lelaki itu ketika mereka memandu di Lebuhraya 2096 di Udon Thani, 500 kilometer utara ibu kota Bangkok.

Pegawai kemudian menemui 27 ekor kera ekor panjang yang diikat dan disumbat di dalam beg dengan seekor daripadanya sudah mati.

The Straits Times melaporkan, kedua-dua lelaki itu telah diserahkan kepada polis Nong Han.

Baki 26 kera yang masih hidup dibawa ke tempat perlindungan hidupan liar Khon Kaen dan akan dilepaskan semula ke alam liar.

Komander NRECD, Mejar Jeneral Polis Watcharin Phusit, berkata NRECD menerima maklumat ada cubaan menyeludup kera dari wilayah tengah dan selatan Thailand untuk dijual ke restoran di Laos.

NRECD sudah pun menggagalkan dua percubaan awal untuk menyeludup kera ke Laos setakat ini pada 2023.

Pada 6 Mac, NRECD dan polis lebuh raya menahan dua lelaki yang cuba menyeludup 47 kera ke Laos.

Kemudian pada 25 April, seorang lagi suspek ditahan bersama 44 kera.

Sumber HMetro Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here