Home Buletin Semasa SAMBUTAN HARI AKREDITASI SEDUNIA 2023

SAMBUTAN HARI AKREDITASI SEDUNIA 2023

131
0

CYBERJAYA: Hari Akreditasi Sedunia (World Accreditation Day) – WAD ialah inisiatif global yang dilancarkan secara bersama oleh dua organisasi antarabangsa iaitu International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) dan International Accreditation Forum (IAF).

Menurut kenyataan media, tujuan WAD adalah bagi mempromosikan kepentingan pengiktirafan akreditasi ke atas badan penilaian pematuhan (makmal pengujian, fasiliti ujian, badan pensijilan dan badan pemeriksaan) yang berperanan dalam menyokong sistem perdagangan global dan bagaimana aktiviti ini menyokong aktiviti ekonomi dan perdagangan khususnya.

WAD ini disambut secara unik oleh badan akreditasi seluruh dunia

Pada tahun ini, tema WAD ialah Akreditasi: Menyokong Masa Depan Perdagangan Global (Accreditation: Supporting the Future of Global Trade).

Tema ini dipilih atas beberapa faktor termasuk aktiviti ekonomi dan perdagangan, pematuhan sesuatu produk atau perkhidmatan, infrastruktur kualiti, peningkatan penggunaan standar dan piawaian

Jabatan Standard Malaysia (JSM) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan juga sebagai Badan Akreditasi Kebangsaan bersama-sama Badan Akreditasi seluruh dunia akan menyambut Hari Akreditasi Sedunia 2023 (World Accreditation Day) pada 9 Jun setiap tahun.

WAD kali pertama diraikan sejak tahun 2008 dan tahun ini merupakan sambutan ke-15.

Sumber Jabatan Penerangan Malaysia

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here