Home Buletin Semasa WANITA TEMUI DUA BUTIR BOM KETIKA KEMAS STOR RUMAH MENDIANG BAPA

WANITA TEMUI DUA BUTIR BOM KETIKA KEMAS STOR RUMAH MENDIANG BAPA

40
0

Oleh: Wartawan IMedikel TV

PENANG: Seorang wanita dikejutkan dengan penemuan dua objek menyerupai bom ketika mengemas bilik stor di rumah mendiang bapanya di Taman Bagan, Butterworth.

Wanita warga tempatan itu kemudian membawa kedua-dua objek berkenaan ke balai polis berhampiran 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, rumah berkenaan didiami oleh ibu bapanya berusia lingkungan 60-an namun tidak lagi dihuni selepas bapanya meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

“Wanita itu menemui dua objek menyerupai bom ketika mengemas bilik stor tersebut.

“Siasatan polis di tempat kejadian juga mendapati stor berkenaan digunakan untuk menyimpan barang-barang lama milik mendiang bapanya sejak 20 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Anuar, saksi bebas juga tidak mengetahui berkenaan kewujudan objek menyerupai bom itu. 

Katanya, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kemudian hadir ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

“UPB mengesahkan dua objek itu ialah bom mortar latihan milik tentera yang tidak mengandungi bahan letupan serta tidak mendatangkan sebarang bahaya.

“Objek itu kemudian diserahkan kepada UPB untuk siasatan seterusnya, sebelum kes ini diklasifikasikan NFA (tiada tindakan lanjut).

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai supaya tidak mensensasikan kes berkaitan sehingga menganggu kententeraman awam pihak yang sedang menjalankan siasatan.” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Asisten Superintendan (ASP) Harysman Osman di talian 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here