Home Hiburan FASHA SANDHA TAK SENGAJA ‘PUKUL’ JALALUDDIN HASSAN

FASHA SANDHA TAK SENGAJA ‘PUKUL’ JALALUDDIN HASSAN

24
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha berkongsi mengenai sikap profesional pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan walaupun selepas ‘dipukul’ olehnya ketika melakonkan satu babak dalam drama Kasih Yang Terkorban, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fasha, 42, berkata, itu kali pertama dia melakonkan adegan kasar kepada Jalaluddin selepas 20 tahun mereka pernah berlakon bersama dan menjadi bualan ramai.

“Sangat luar biasa dan menjadi perbualan orang ramai. Alhamdulillah. Selepas 20 tahun bekerjasama dengan Datuk Jalaluddin, adegan itu menjadi buah mulut orang.

“Insiden itu tak pernah berlaku dan ini kali pertama sebab saya terlalu menghayati watak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fasha, pukulannya pada kaki pelakon veteran berusia 72 tahun itu agak kuat sehingga dia terpaksa menahan kesakitan. 

“Rasanya kuat juga sebab Papa (Jalaluddin) menahan sakit. Tapi, sebab saya pun tak sengaja. Bagaimanapun saya dah minta maaf dengan Papa dan Papa pun okay.

“Alhamdulillah, satu ‘take’ sahaja untuk babak itu,” katanya.

Fasha juga meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk berkarya dan mencari rezeki dalam industri.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas rezeki yang diberikan. Selepas ini, saya akan memulakan penggambaran drama Doa Yang Terlindung musim kedua,” katanya.

Terdahulu, video yang dimuat naik Fasha di platform media sosialnya tular memaparkan kesungguhannya dalam menjayakan watak sebagai Mariana dalam drama itu.

Drama Kasih Yang Terkorban diarahkan pengarah, Shahrulezad Mohamedin dan Que Ari Azhari dan akan mula bersiaran pada 13 Julai 2026 di saluran Astro Prima.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here