Home Luar Negara WANITA DIDAKWA JAHIT BIBIR RAKAN SEBILIK

WANITA DIDAKWA JAHIT BIBIR RAKAN SEBILIK

36
0

JEPUN: Seorang wanita berusia 49 tahun ditahan polis, baru-baru ini, selepas didakwa menyerang rakan sebiliknya dan menjahit bibir mangsa, lapor The Japan News.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Balai Polis Koga di bawah Polis Wilayah Ibaraki mengumumkan penahanan suspek pada 6 Julai.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, suspek disyaki menjahit beberapa bahagian pada bibir mangsa berusia 42 tahun di rumah mereka di bandar Koga, wilayah Ibaraki, kira-kira 1.30 tengah hari pada 29 Jun lalu.

Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Mangsa dilaporkan meninggalkan rumah berkenaan pada keesokan harinya ketika suspek keluar dari kediaman itu kira-kira 1.30 tengah hari.

Dia kemudian pergi ke sebuah kedai berhampiran sambil membawa sehelai kertas yang tertulis perkataan “Tolong bantu saya” menyebabkan pekerja kedai terbabit menghubungi polis.

Mangsa dilaporkan tidak mampu makan atau bercakap berikutan kecederaan dialaminya.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif serta keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mendedahkan sama ada suspek mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan atau sebaliknya. – AGENSI, Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here