Home Hiburan SITI SALEHA NIKMATI FASA TERINDAH BERGELAR IBU

SITI SALEHA NIKMATI FASA TERINDAH BERGELAR IBU

49
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Saleha Mohd Baharum mengakui sedang menikmati antara fasa paling bermakna dalam hidupnya apabila berpeluang menyaksikan anak sulungnya, Indra Mateen Fitton, membesar di depan mata.

Memetik laporan Berita Harian, Saleha, 35, berkata anak lelakinya yang kini hampir berusia enam bulan membesar dengan baik dan tidak banyak meragam, sekali gus menjadikan pengalaman pertama sebagai ibu bapa bersama suaminya, Joshua Fitton, sesuatu yang amat manis.

Menurutnya, mereka sentiasa bekerjasama menguruskan Indra Mateen yang kini sudah mula menikmati makanan pejal dan membesar dengan sihat.

Pada masa sama, Saleha memilih untuk memperlahankan rentak kerjaya seni bagi memberi tumpuan kepada anak kerana tidak mahu terlepas setiap detik penting dalam proses pembesarannya.

Katanya, walaupun menerima beberapa tawaran lakonan, beliau belum bersedia kembali ke lokasi penggambaran selagi belum menemui naskhah dan watak yang benar-benar diinginkan.

Mengulas kemungkinan membawa Indra Mateen ke dunia seni, Saleha berkata perkara itu masih terlalu awal untuk difikirkan dan beliau juga tidak bercadang berkongsi wajah anaknya secara kerap di media sosial.

Terdahulu, majlis aqiqah dan cukur jambul Indra Mateen berlangsung pada 27 Jun lalu di Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka, dengan kehadiran kira-kira 300 ahli keluarga dan rakan. Menurut Saleha, majlis itu diadakan mengikut adat Melayu bagi menghimpunkan seluruh ahli keluarga untuk meraikan hari istimewa berkenaan.-BH Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here