Home Buletin Semasa BAPA DIREMAN TUJUH HARI, DISYAKI LAKUKAN JENAYAH SEKSUAL TERHADAP ANAK KANDUNG

BAPA DIREMAN TUJUH HARI, DISYAKI LAKUKAN JENAYAH SEKSUAL TERHADAP ANAK KANDUNG

12
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

SETIU: Seorang lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan jenayah seksual terhadap anak kandungnya yang kini berusia 15 tahun dalam kejadian di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada 15 Jun lalu kira-kira jam 3.54 petang.

“Mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan itu mendakwa kejadian terbaru berlaku pada 29 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari ketika berada di rumah bersama adik perempuannya.

“Mangsa mendakwa telah dipanggil oleh bapanya masuk ke dalam bilik tidur sebelum suspek dipercayai melakukan perbuatan seksual terhadapnya.

“Suspek juga didakwa berpesan supaya mangsa tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Zahril Asri berkata, mangsa turut mendakwa perbuatan berkenaan telah berlaku sejak beliau berusia enam tahun.

“Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kemurungan dan trauma.

“Susulan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menahan seorang lelaki Melayu pada 20 Jun lalu kira-kira jam 6 petang bagi membantu siasatan,”katanya.

Beliau berkata, permohonan reman tujuh hari terhadap suspek dibuat di hadapan Majistret Setiu semalam hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here