Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 62 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, usaha mengesan wanita berkenaan sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
“Kes telah disiasat dan diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).
Menurut beliau, warga emas tersebut dilaporkan hilang pada Jumaat lalu kira-kira jam 8.50 pagi.
Katanya pakaian terakhir wanita terbabit adalah t-shirt berkolar hijau, berkain batik dan tidak bertudung.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan wanita terbabit diminta menghubungi Balai Polis Tok Uban di talian 09-7942122 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di talian 09-7932233,” katanya dalam kenyataan hari ini.
IMedikel TV






