Home Luar Negara PUTERI MAHKOTA NORWAY METTE-MARIT TERIMA PARU-PARU BAHARU

PUTERI MAHKOTA NORWAY METTE-MARIT TERIMA PARU-PARU BAHARU

STOCKHOLM: Puteri Mahkota Norway Mette-Marit yang menghidap penyakit serius berjaya menjalani pembedahan pemindahan paru-paru, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pengumuman keluarga diraja pada Rabu.

Memetik laporan dpa menerusi Harian Metro, Mette-Marit, 52, menghidap fibrosis pulmonari, iaitu penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan menyebabkan parut pada tisu paru-paru serta menyukarkan pernafasan. Isteri kepada Putera Mahkota Haakon itu menggunakan tangki oksigen untuk membantu pernafasan dalam kehidupan sehariannya.

Istana Diraja di Oslo mengumumkan pada 5 Jun bahawa Mette-Marit telah dimasukkan dalam senarai menunggu untuk menerima paru-paru baharu.

Menurut agensi berita Norway NTB yang memetik Yayasan Pendermaan Organ negara itu, bilangan penderma organ yang berpotensi di Norway meningkat dengan ketara selepas pengumuman berkenaan dibuat. -Bernama-dpa, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here