Home Segmen Kesihatan DUOMIX BANTU LEGAKAN MASALAH GASTRIK

DUOMIX BANTU LEGAKAN MASALAH GASTRIK

60
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Gastrik adalah masalah kesihatan yang sering dialami masyarakat tanpa mengira usia.

Ia berlaku akibat pelbagai faktor termasuk pemakanan tidak teratur, tekanan serta pengambilan makanan dan minuman yang boleh merengsakan perut.

Keadaan itu boleh menjejaskan aktiviti harian serta kualiti hidup seseorang individu.

Bagi membantu menyokong kesihatan sistem penghadaman, Farmasi IMedikel memperkenalkan Duomix di bawah jenama Brecex yang menggabungkan prebiotik, probiotik, spirulina dan yogurt mixberry dalam satu formulasi.

Produk tersebut sesuai diamalkan oleh individu yang mengalami masalah penghadaman seperti kembung perut, loya, kerap sendawa serta ketidakselesaan pada bahagian perut, selain mereka yang berdepan ketidakseimbangan bakteria dalam usus.

Duomix mengandungi campuran bahan seperti susu krim, nano sugar, yogurt mixberry, Fibersol, probiotik (Lactobacillus dan Bifidobacteria) serta spirulina.

Kandungan probiotik dalam Duomix membantu melancarkan sistem penghadaman, mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus serta menyokong penyerapan nutrien oleh tubuh.

Selain itu, probiotik turut dikaitkan dengan manfaat seperti membantu mengurangkan risiko sembelit dan cirit-birit, menyokong sistem imun badan, mengurangkan keradangan dalam usus serta menyumbang kepada kesejahteraan umum melalui kesihatan usus yang lebih baik.

Di samping membantu masalah gastrik dan simptom berkaitan, Duomix juga membantu merangsang pergerakan usus secara lembut, melancarkan proses pembuangan najis yang lama tersekat serta melegakan masalah sembelit.

Bagi penggunaan harian, golongan dewasa disarankan mengambil satu hingga dua paket sehari, manakala kanak-kanak boleh mengambil setengah paket sehari mengikut keperluan.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Brecex Duomix di rangkaian Farmasi IMedikel pada harga serendah RM130 bagi setiap kotak.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here