Home Segmen Kesihatan HYDRALITE BANTU KEKALKAN HIDRASI BADAN

HYDRALITE BANTU KEKALKAN HIDRASI BADAN

45
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Produk minuman elektrolit sedia diminum, Hydralite di bawah jenama Barikel yang dipasarkan oleh IMedikel tampil sebagai pilihan praktikal bagi membantu mengekalkan hidrasi badan.

Menurut Pembantu Farmasi IMedikel, Khairani Hussain, Hydralite mengandungi elektrolit yang membantu menggantikan kehilangan cecair dalam badan akibat pelbagai keadaan seperti cirit-birit, muntah, demam dan lain-lain.

“Produk ini didatangkan dalam bentuk sachet sedia diminum tanpa perlu dibancuh, sekali gus memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja serta mudah disimpan.

“Ia juga sesuai untuk individu yang mengalami masalah kehilangan cecair dalam badan akibat cirit-birit dan bagi mereka yang aktif dalam aktiviti sukan untuk membantu mengekalkan hidrasi badan,” katanya ketika ditemui di Farmasi IMedikel, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, Hydralite juga sesuai digunakan untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan akibat peluh berlebihan, aktiviti sukan atau senaman berat serta cuaca panas.

“Hydralite turut membantu mengurangkan simptom dehidrasi seperti dahaga melampau, pening, sakit kepala, badan lemah dan mulut kering,” katanya.

Menurutnya, setiap kotak Hydralite mengandungi 10 sachet dan sesuai untuk pelbagai golongan termasuk kana-kanak, pelajar, pekerja, atlet serta individu yang aktif menjalankan aktiviti harian.

“Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, pengambilan yang disyorkan ialah satu sachet, manakala kanak-kanak berumur bawah 12 tahun disarankan mengambil separuh sachet sahaja,” katanya.

Beliau berkata, produk tersebut didatangkan dengan satu pilihan perisa iaitu oren dan sesuai dijadikan pilihan bagi membantu memastikan badan kekal terhidrat terutama ketika berpuasa, bersukan atau berada di luar dalam tempoh yang lama.

Khairani turut menyarankan setiap isi rumah mempunyai Hydralite sebagai persediaan awal sekiranya berlaku masalah dehidrasi atau kehilangan cecair dalam badan.

Hydralite merupakan antara produk kesihatan yang dipasarkan di bawah jenama Barikel oleh IMedikel dan boleh didapati melalui rangkaian Farmasi IMedikel serta platform jualan rasmi Barikel.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here