Home Segmen Kesihatan WANITA LEBIH BERISIKO TERKENA KENCING KOTOR

WANITA LEBIH BERISIKO TERKENA KENCING KOTOR

42
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Golongan wanita lebih berisiko terkena masalah kencing kotor atau jangkitan saluran kencing (UTI).

Ini kerana saluran kencing mereka lebih pendek yang memudahkan pergerakan bakteria malah sangat dekat dengan tempat buang air besar yang mempunyai banyak kuman.

Tahukah anda bahawa kencing kotor juga boleh berlaku melalui hubungan seks, dan juga boleh berlaku terhadap pesakit yang mempunyai masalah batu karang atau masalah pundi kencing. 

Pada masa sama, wanita mengandung turut berisiko kerana mereka menghasilkan hormon yang mengakibatkan saluran buang air menjadi besar.

Menurut portal Hellodoctor, terdapat beberapa cara bagi mengelak berlakunya kencing kotor seperti minum air kosong dalam kuantiti yang banyak dan pastikan minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari untuk membantu membilas bakteria keluar dari saluran kencing.

Selain itu, wanita juga digalakkan untuk minum jus kranberi kerana ia mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai A-type proanthocyanidinsyang dapat menghalang pelekatan bakteria pada permukaan pundi kencing, lebih-lebih lagi bakteria E. coli.

Antara tanda-tanda berlakunya kencing kotor adalah:

  • Sakit atau pedih semasa atau selepas membuang air kecil.
  • Kerap berasa tidak lawas atau dorongan yang kerap untuk membuang air kecil walaupun sedikit.
  •  Air kencing keruh, berbau busuk, atau bercampur darah.
  •  Sakit atau rasa tekanan pada bahagian bawah perut atau pinggang.
  • Mengalami demam ringan, menggigil, atau keletihan yang luar biasa.

Sekiranya seseorang itu dijangkiti kuman pada saluran air kencing dan tidak mengambil ubat untuk merawatnya, ada kemungkinan besar jangkitan kuman tersebut boleh merebak ke bahagian lain saluran kencing seperti buah pinggang atau pundi kencing.

Oleh itu, segeralah berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala atau tanda-tanda seperti di atas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here