Home Luar Negara WANITA BERANAK DALAM MAHKAMAH

WANITA BERANAK DALAM MAHKAMAH

6
0

NEW YORK: Seorang wanita hamil mengejutkan orang ramai apabila melahirkan bayi lelaki di tengah-tengah bilik mahkamah Brooklyn yang sesak ketika menunggu untuk didakwa atas pertuduhan memiliki dadah, lapor The New York Post.

Samantha Randazzo, 33, mengalami proses bersalin dengan dikelilingi pegawai polis, pendakwa raya dan kakitangan mahkamah semasa proses prosiding di Mahkamah Jenayah Brooklyn, Jumaat lalu.

Randazzo yang sarat mengandung sembilan bulan tiba-tiba tersandar di bangku tempat duduk selepas air ketubannya pecah sejurus sebelum tengah malam, menurut peguamnya, Wynton Sharpe kepada The New York Times.

“Kami melihatnya sendiri, dia tidak perlu berkata apa-apa dan kami sedar bahawa proses kelahiran sedang berlaku,” kata Sharpe.

Wanita itu ditahan pada malam Khamis selepas polis menemukan dua individu berada di atas bumbung sebuah kompleks perumahan awam di kawasan Sheepshead Bay bersama bahan terlarang yang diletakkan secara terbuka.

Hasil pemeriksaan mendapati Randazzo memiliki bahan terlarang berkenaan sebelum dia ditahan atas pertuduhan memiliki dadah dan menceroboh kawasan.

“Semasa ditahan dan ketika dibawa ke balai polis, Randazzo memakai pakaian longgar, tidak memaklumkan pegawai bahawa dia hamil, tidak menunjukkan sebarang komplikasi serta menolak rawatan perubatan,” kata jurucakap polis.

Randazzo kemudian mengadu mengalami gejala ketagihan dadah dan memaklumkan kepada pegawai bahawa dia hamil sebelum dibawa ke hospital kira-kira 3.30 pagi Jumaat dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Sharpe memberitahu media bahawa pihak doktor dipercayai tidak menyedari Randazzo sudah hampir bersalin ketika dia dibenarkan keluar dari hospital sebelum dibawa ke mahkamah.

Anak guamnya itu kemudian melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di dalam bilik mahkamah berkenaan, yang disifatkan Sharpe sebagai situasi yang menggembirakan, namun pada sama menyedihkan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here