AUCKLAND: New Zealand menamakan penyerang Chris Wood sebagai ketua pasukan menjelang Piala Dunia Fifa 2026 dalam misi meraih kemenangan pertama pada penyertaan ketiga mereka di kejohanan itu.
Memetik laporan AFp menerusi Harian Metro, penyerang prolifik berusia 34 tahun itu yang bermain untuk Nottingham Forest menjaringkan 45 gol dalam 88 penampilan antarabangsa, akan mengetuai skuad paling rendah ranking dalam kejohanan tersebut.
Wood dan pertahanan Tommy Smith adalah satu-satunya pemain dalam skuad 26 orang yang menyertai Piala Dunia terakhir New Zealand pada 2010 di Afrika Selatan.
Ketika itu, New Zealand seri dalam ketiga-tiga perlawanan tetapi gagal mara dari peringkat kumpulan.
Dalam satu-satunya penyertaan lain, mereka tewas semua tiga perlawanan kumpulan di Sepanyol pada 1982.
New Zealand yang berada di ranking ke-85 dunia layak secara automatik ke Piala Dunia selepas memenangi pusingan kelayakan Oceania pada Mac.
Perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan G ialah menentang Iran di Los Angeles pada 15 Jun, sebelum bertemu Mesir dan Belgium.-AFP, HMetro Online-
IMedikel T






