Home Hiburan TIZ ZAQYAH MAHU REHAT DARIPADA DUNIA LAKONAN

TIZ ZAQYAH MAHU REHAT DARIPADA DUNIA LAKONAN

35
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pelakon, Tiz Zaqyah mendedahkan hasrat untuk berehat sementara daripada dunia lakonan selepas mengakui keterujaan untuk berada di set penggambaran semakin pudar.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, berkata dia kini lebih kerap dihimpit rasa gelisah dan tidak sabar untuk pulang ke rumah ketika berada di set penggambaran.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya, cuma saya rasa seperti tidak mahu berada di set penggambaran lagi. Keseronokan itu sudah lama hilang.

“Saya hanya dapat rasa gelisah dan tidak sabar untuk pulang ke rumah,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.

Pelakon drama Setelahku Di Miliki itu turut mengakui minatnya terhadap lakonan semakin berkurangan, namun menegaskan dia tidak meninggalkan dunia seni sepenuhnya.

“Saya rasa minat untuk berlakon sudah hilang lama. Banyak sangat perkara… mungkin diri saya sahaja,” ujarnya.

Bagaimanapun, Tiz menegaskan dia percaya akan kembali ke set penggambaran suatu hari nanti.

“Saya akan kembali tidak lama lagi, insya-Allah,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai peminat menitipkan kata-kata semangat buat pelakon itu, selain menasihatinya agar berehat seketika dan meluangkan masa mendekati alam semula jadi bagi memulihkan semangat serta minatnya terhadap lakonan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here