Home Hiburan MANDA HARGAI PENGORBANAN NORISH, SIFATKAN BUNDA INSAN PALING KUAT

MANDA HARGAI PENGORBANAN NORISH, SIFATKAN BUNDA INSAN PALING KUAT

40
0

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda atau Manda, 22, menyifatkan kasih sayang seorang ibu tidak pernah bersyarat buat anak-anaknya.

Menerusi hantaran video ucapan sempena Hari Ibu semalam yang dimuat naik di Instagram (IG), Manda berkongsi penghargaan terhadap Bunda tersayang sebagai insan paling kuat dalam hidupnya.

Memetik laporan Harian Metro, di sebalik segala ujian dan susah senang yang pernah dilalui bersama, kasih dan pengorbanan seorang ibu tetap menjadi tempat paling selamat bagi wanita muda ini dan adik-beradiknya untuk kembali bangkit.

“Bunda, terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik saya dan melakukan segalanya yang sudah dibuat untuk saya dalam semua perkara diperlukan.

“Terima kasih ada bersama saya dan menjadikan saya seseorang seperti hari ini. Semuanya tentang diri saya adalah daripada kamu. Sayang kamu sangat-sangat Bunda. 

“Saya mohon maaf atas segala-galanya. Kamu adalah umpama matahari, bulan dan segalanya dalam hidup saya. Semoga Allah kurniakan Bunda syurga,” katanya dalam video itu dengan linangan air mata.

Terdahulu, Manda bersama abangnya, Muhammad Haqiem Amany, 27, dilihat muncul dalam temubual ‘podcast’ yang berkongsi luahan perasaan mereka terhadap pengorbanan ibu tercinta.

Sebelum ini, Norish yang juga ibu tunggal tujuh cahaya mata menarik perhatian ramai di media sosial selepas kisah kesusahan kehidupannya yang diuji masalah kesihatan menjadi tular.

Namun, pelakon drama Spa Q itu difahamkan berdepan pelbagai kecaman selepas muncul dalam video siaran langsung bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan menerima bantuan RM15,000.

Apapun, keluarga Norish mula menjadi tarikan warga maya selepas Manda memuat naik hantaran di Threads mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dilaporkan merosot.

Manda memohon agar didoakan kesihatan ibunya, selain turut memberitahu Norish memerlukan penjagaan rapi kerana perlu bergantung menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Rentetan itu, Aliff Syukri mempelawa Norish muncul bersamanya menjayakan sesi siaran langsung di TikTok sekali gus menghulur bantuan kewangan hasil daripada jualan produk diraih dalam ‘live’ dibuat.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here