Home Sukan AMYZA SEBAK TERIMA HADIAH HARI IBU DARIPADA ANDRIAN

AMYZA SEBAK TERIMA HADIAH HARI IBU DARIPADA ANDRIAN

38
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Amyza Aznan, 50, meluahkan perasaan terharu apabila anak keduanya, Andrian Adam, 18, menghadiahkan sepotong kek meraikan sambutan Hari Ibu, semalam.

Memetik laporan Harian metro, menerusi hantaran dimuat naik Amyza di Instagram Story (IGs), dia mengucapkan terima kasih kepada Andrian yang dipanggil Ian atas usaha dilakukan untuk meraikan sambutan berkenaan.

“Terima kasih Ian.. so sweet of you.. dulu ada Andre wish.. sekarang Ian sahaja,” tulisnya ringkas berserta emoji hati berwarna merah dibaluti luka.

Lebih memilukan, Amyza turut menggunakan ‘background’ lagu Anak Lelakiku nyanyian Irfan Hakim yang menggambarkan perasaan kasih dan sayang seorang ibu kepada anaknya. 

Pada hantaran lain di IG, Amyza memuat naik video Andrian menyanyikan lagu Hanya Rindu dendangan asal penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng.

“Sorry, I upload (maaf, saya muat naik) tulisnya ringkas pada kapsyen video itu dengan emoji memohon maaf kepada Andrian,” tulisnya.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar nyanyian Andrian yang merdu termasuk mengusulkan agar ada komposer mencipta lagu untuk dirakamnya.

“Eh tolong la buat terus single.. komposer-komposer tolong,” komen penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Kak Rara.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan buatmu anak,” kata seorang warganet.

“Sedap betul suara, Ya Allah, merdunya,” ujar pengguna media sosial.

Pada 23 Februari lalu, Amyza yang juga ibu tiga cahaya mata kehilangan anak sulung, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar, 20, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Arwah Andre Mikhail sebelum itu bertarung kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada 5 Ramadan dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 24 Februari lalu.

Pada awal Februari lalu, Amyza didapati berkongsi keadaan kesihatan Andrian yang disahkan menghidap kanser tulang.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here