Home Hiburan RASHIDAH JAAFAR SEDIH SETAHUN TIADA JOB, TERPAKSA JUAL KEREPEK

RASHIDAH JAAFAR SEDIH SETAHUN TIADA JOB, TERPAKSA JUAL KEREPEK

17
0

KUALA LUMPUR: “Kadang-kadang rasa sedih kerana saya sudah terbabit dalam dunia seni sejak usia remaja 17 tahun, malah pernah jadi heroin tetapi sekarang dipinggirkan.”

Memetik laporan Harian Metro, begitu kata pelakon dan penyanyi Rashidah Jaafar, 63, atau dikenali sebagai Gee apabila mengenang nasib dirinya yang tiada sumber pendapatan selepas mendakwa tiada tawaran berlakon sejak setahun lalu.

“Saya rasa sedih nak makan pun tak mampu, rumah pun tak mampu nak beli dan sampai sekarang masih menyewa. Bayangkan 45 tahun dalam bidang seni, saya tiada apa-apa.

“Saya seorang ibu tunggal menanggung lima anak, daripada bayi sampai sekolah dan dewasa. Ada anak yang terbabit dalam seni dan mereka pun jarang dapat peluang.

“Saya tak pernah tumpang mereka dan tak pernah meminta-minta wang daripada sesiapa. Yang saya nak ialah kerja,” katanya dalam nada sedih.

Gee yang pernah berkahwin dengan Allahyarham Nasir P Ramlee dan A Ali berkata, dia tidak boleh membayangkan jika dirinya sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda kelak.

“Kalau dulu saya buat perniagaan agaknya sudah ada kedai. Tapi saya ikut minat dalam seni sampailah ke hari ini. Sekurang-kurangnya bantulah bagi tawaran berlakon.

“Saya besarkan anak-anak dengan duit lakonan. Nak cakap pun tak baik. Sayalah yang besarkan mereka. Bayangkan lima anak nak ditanggung dulu.

“Jadi macam mana nak beli rumah? Sekarang saya tinggal di rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Rumah begitu harga mampu milik pun saya tak mampu beli,” katanya.

Rashidah yang pernah berlakon pelbagai drama, filem dan teater berkata, dia sepatutnya diarahkan keluar daripada rumah terbabit.

“Habis macam mana saya? Saya pun nak berharap pada zakat? Saya rasa sedih. Buat masa ini kadang-kadang saya berniaga kerepek, tapi itu bukan bidang saya.

“Itu kalau mampu, kalau larat. Kalau tak ada modal macam mana nak buat? Nak kena beli itu, ini. Memang susah. Saya makan pun berjimat cermat. Daripada dulu lagi saya begini.

“Kalau penerbit bagi kerja dalam setahun, dapat empat atau lima kali tawaran berlaku pun saya rasa okaylah. Tapi kalau sekali mana cukup?” katanya.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here