Home Sukan TERBUKA PERANCIS BAKAL KENA BOIKOT?

TERBUKA PERANCIS BAKAL KENA BOIKOT?

46
0

ROM: Barisan bintang tenis berkemungkinan memboikot Terbuka Perancis jika hadiah wang kemenangan di kejohanan Grand Slam gelanggang tanah liat itu tidak dinaikkan, kata pemain nombor satu dunia wanita, Aryna Sabalenka.

Memetik  laporan Reuters menerusi Harian Metro, ancaman itu memburukkan lagi pertikaian antara pemain dan penganjur Roland Garros berhubung agihan hadiah wang, walaupun edisi tahun ini menawarkan peningkatan 9.5 peratus kepada 61.7 juta euro (RM285.8 juta).

Beberapa pemain utama mengeluarkan kenyataan bahawa mereka dijangka menerima hadiah wang kemenangan yang berkemungkinan masih kurang daripada 15 peratus daripada pendapatan kejohanan, jauh lebih rendah daripada sasaran 22 peratus yang mereka tuntut bagi menyamai kejohanan gabungan peringkat ATP dan WTA 1000.

Apabila ditanya sejauh mana serius tuntutan itu, Aryna berkata pemain mungkin sanggup mengambil langkah boikot.

“Saya rasa pada satu tahap, kami mungkin akan boikot. Itu mungkin satu-satunya cara untuk memperjuangkan hak kami. 

“Saya sangat berharap rundingan ini akan membawa kepada keputusan yang adil untuk semua pihak,” katanya di Terbuka Itali. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih ada harapan untuk penyelesaian positif melalui rundingan.

“Saya harap akhirnya kita akan capai keputusan yang memuaskan semua pihak,” tambahnya.

Sementara itu, Coco Gauff berkata dia ‘100 peratus’ dapat membayangkan pemain bersatu memboikot Grand Slam jika ia dipersetujui bersama.

“Ia bukan mengenai saya. Ia mengenai masa depan sukan ini dan juga pemain yang tidak mendapat manfaat setimpal,” katanya.

Hadiah wang keseluruhan Roland Garros masih jauh di belakang Grand Slam lain seperti Terbuka AS, Wimbledon dan Australia.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here