Home Buletin Semasa PROGRAM THE BIGGEST LOSER KELANTAN PERKASA USAHA TANGANI OBESITI 

PROGRAM THE BIGGEST LOSER KELANTAN PERKASA USAHA TANGANI OBESITI 

92
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Usaha membendung masalah obesiti dalam kalangan masyarakat terus diperkasa menerusi Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria berkata, program itu merupakan platform terbaik dalam membudayakan amalan hidup sihat, sekaligus membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Kelantan.

Seramai 252 peserta menyertai program ini dan sepanjang tempoh empat bulan pelaksanaan, para peserta akan mengikuti sebanyak 16 sesi bimbingan yang merangkumi pelbagai aktiviti termasuk latihan kecergasan fizikal serta sesi bimbingan secara maya.

“Peserta bermula dengan sesi timbangan awal pada 2 Mei lalu, manakala sesi timbangan akhir dijadualkan berlangsung pada 5 September depan,” katanya pada Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Sukan) Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria serta Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Rohana Ab Rahman.

Pada majlis itu, turut diadakan pameran kesihatan dan gaya hidup sihat melibatkan agensi kerajaan dan swasta termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Majlis Sukan Negeri (MSN), Herbalife, Nutriland, IMedikel Pharmacy, Poliklinik Maya dan Extra Joss.

“Pameran ini memberi peluang kepada peserta dan pengunjung mendapatkan maklumat, menjalani saringan kesihatan serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pemakanan dan kecergasan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here