Home Luar Negara 21 TERBUNUH KILANG MERCUN DI HUNAN TERBAKAR

21 TERBUNUH KILANG MERCUN DI HUNAN TERBAKAR

54
0

HONG KONG: Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian letupan di sebuah kilang mercun di wilayah Hunan, China mengorbankan 21 orang dan mencederakan 61 yang lain.

Susulan kejadian itu Presiden China, Xi Jinping mengarahkan siasatan menyeluruh, menurut laporan media kerajaan hari ini.

Kebakaran kilang mercun di bandar Changsha itu dilaporkan pada jam 4.40 petang semalam, menurut laporan CCTV dan Xinhua.

Xi turut mengarahkan pihak berkuasa memperkukuh saringan risiko dan kawalan bahaya dalam industri utama, meningkatkan pengurusan keselamatan awam serta memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat, menurut Xinhua. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here