Home Luar Negara 14 TERKORBAN DALAM NAHAS PESAWAT DI SUDAN SELATAN

14 TERKORBAN DALAM NAHAS PESAWAT DI SUDAN SELATAN

19
0

JUBA, SUDAN SELATAN: Empat belas orang terkorban pada Isnin apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan Luri di pinggir Bandar Juba, ibu negara Sudan Selatan, lapor agensi berita Xinhua memetik pengesahan pihak berkuasa penerbangan.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan Selatan (SSCAA) memaklumkan bahawa kesemua penumpang di dalam pesawat Cessna 208 Caravan dengan nombor pendaftaran 5Y-NOK kendalian CityLink Aviation Limited, maut dalam nahas itu.

“Terdapat 13 penumpang dan seorang juruterbang (kapten) di dalam pesawat itu. Antara mereka ialah dua warga Kenya dan 12 warga Sudan Selatan. Malangnya, tiada mangsa yang terselamat,” menurut SSCAA dalam satu kenyataan.

Badan kawal selia industri itu berkata, pesawat berkenaan berlepas dari Yei menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juba pada 9.15 pagi waktu tempatan (0715 GMT) dan terputus hubungan pada 9.43 pagi waktu tempatan (0743 GMT).

Menurut SSCAA, siasatan awal menunjukkan pesawat itu berkemungkinan terhempas akibat keadaan cuaca buruk, terutamanya jarak penglihatan yang rendah. 

Pihak kawal selia berkata, pasukan penyiasat dan pasukan kecemasan kini berada di lokasi kejadian di kawasan Luri untuk membawa keluar mayat mangsa serta menyelamatkan rekod teknikal penerbangan terbabit. -Bernama-Xinhua, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here