COLOMBO: Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro seramai 22 sami Sri Lanka yang baru pulang dari Thailand ditahan di lapangan terbang antarabangsa utama di sini pada 26 April lalu selepas didapati membawa 110 kilogram (kg) ganja, kata pegawai.
Jurucakap Kastam Sri Lanka berkata, kumpulan berkenaan yang pulang selepas bercuti selama empat hari di ibu negara Thailand didapati menyembunyikan dadah jenis Kush iaitu varian ganja berasaskan tumbuhan yang sangat kuat di dalam beg pakaian mereka.
“Setiap daripada mereka membawa kira-kira lima kilogram dadah yang disembunyikan dalam ruang rahsia pada bagasi masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, semua sami terbabit sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
Kebanyakan mereka adalah pelajar muda dari pelbagai kuil di seluruh Sri Lanka yang mengikuti percutian ditaja seorang ahli perniagaan.
Pegawai kastam mengesahkani ni adalah rampasan tunggal terbesar membabitkan ganja Kush yang pernah direkodkan di lapangan terbang antarabangsa utama negara Asia Selatan itu.
Sebelum ini, seorang wanita warga Britain berusia 21 tahun ditahan pada Mei 2025 di lapangan terbang yang sama bersama 46 kg dadah.
Wanita berkenaan juga dilaporkan dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke Colombo sebelum ditahan pihak berkuasa.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa Sri Lanka turut melakukan beberapa rampasan besar membabitkan heroin dan pelbagai narkotik lain.
Aktiviti penyeludupan itu dipercayai dilakukan melalui bot nelayan kecil yang cuba menceroboh perairan negara berkenaan. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






