Home Luar Negara IRAN TOLAK RUNDINGAN DENGAN AS ‘DI BAWAH BAYANGAN ANCAMAN’

IRAN TOLAK RUNDINGAN DENGAN AS ‘DI BAWAH BAYANGAN ANCAMAN’

43
0

WASHINGTON: Iran menolak rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) “di bawah bayangan ancaman”, kata Yang Dipertua Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Harian Metro, Ghalibaf, yang memainkan peranan penting dalam rundingan mengkritik Presiden AS Donald Trump susulan keputusannya mengenakan sekatan ke atas Selat Hormuz, yang menurut Tehran adalah pelanggaran terhadap gencatan senjata yang sememangnya rapuh.

Beliau berkata menerusi platform media sosial X bahawa Trump cuba menggunakan ancaman untuk menjadikan rundingan itu sebagai medan memaksa Iran tunduk kepada kehendak AS atau bagi mewajarkan tindakan perang yang diperbaharui.

Menurutnya, Iran menyiapkan pilihan ketenteraan baharu sekiranya gencatan senjata dua minggu yang diusahakan Pakistan berakhir minggu ini.

Trump mengumumkan pada Ahad bahawa wakil AS akan berlepas ke Islamabad untuk rundingan, namun Tehran setakat ini belum mengesahkan penyertaannya secara rasmi dan menuntut sekatan itu ditarik balik. 

Kenyataan itu dibuat ketika AS terus melaksanakan sekatan ke atas kapal yang keluar masuk pelabuhan Iran sejak minggu lalu. 

Tehran menyifatkan sekatan itu sebagai pelanggaran terhadap gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa.

Trump turut memberi amaran pada Ahad bahawa AS akan menyasarkan infrastruktur Iran, sekiranya Tehran gagal menerima syarat Washington untuk menamatkan konflik itu, sekali gus menambah kebimbangan pasaran ketika gencatan senjata dijadual tamat pada petang Selasa waktu Washington.

Kebimbangan perkapalan semakin memuncak selepas Iran, yang sebelum ini mengumumkan Selat Hormuz dibuka semula kepada trafik maritim, mengubah pendirian pada Sabtu dan sekali lagi mengehadkan pergerakan kapal yang melalui laluan strategik itu, dengan media kerajaan melaporkan AS belum memenuhi kewajipannya.-Bernama-Anadolu, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here