Home Hiburan AISHA RETNO DAKWA KEPENATAN PUNCA PERSEMBAHAN DILUAR KEMAMPUAN SEBENAR

AISHA RETNO DAKWA KEPENATAN PUNCA PERSEMBAHAN DILUAR KEMAMPUAN SEBENAR

16
0

SHAH ALAM: “Saya tak nafikan memang penat.”

Itu pengakuan jujur penyanyi, Aisha Retno menyentuh mengenai kritikan netizen yang menyifatkan persembahannya kurang bertenaga pada saingan Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40SA), malam tadi.

Aisha, 26, atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, dia sudah menjangkakan reaksi negatif itu memandangkan keadaan fizikalnya yang agak merosot akibat jadual kerja yang terlalu padat.

Kesibukan luar biasa selepas lagu Jodoh Lebaran tular baru-baru ini diakui menjadi punca utama dia gagal memberikan tenaga 100 peratus ketika menyampaikan lagu Tak Adil di pentas berkenaan.

“Memang kepenatan disebabkan semua tahu gelombang Jodoh Lebaran. Saya tak salahkan mana-mana pihak. Bila diumumkan lolos ke AJL, saya sendiri terkejut. Mungkin juri ada penilaian profesional mereka sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Enggan pisang berbuah dua kali, penyanyi lagu Sutera ini nekad untuk mengambil cuti panjang daripada sebarang aktiviti seni bagi mempersiapkan diri menuju pentas akhir AJL40 yang akan berlangsung Ogos ini.

“Saya mungkin akan ambil masa berehat untuk beberapa bulan. Sejujurnya, sesiapa yang ikut saya dari Disember tahun lalu sampai ke titik ini, saya memang belum pernah berehat lagi.

“Terima kasih atas keprihatinan semua. Lepas ini saya kena pastikan mental dan fizikal lebih mantap supaya perkara sama tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, persembahan Aisha menerima kritikan di media sosial apabila rata-rata peminat menganggap kualiti vokalnya tidak mencapai piawaian biasa yang sering ditonjolkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, rezeki tetap menyebelahi Aisha apabila lagu ciptaan sepenuhnya itu diumumkan sebagai antara finalis yang bakal berentap di pentas akhir AJL40 nanti. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here