Home Luar Negara 9 MAUT AKIBAT CACAR MONYET DI SINDH, PAKISTAN

9 MAUT AKIBAT CACAR MONYET DI SINDH, PAKISTAN

32
0

ISLAMABAD: Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, sekurang-kurangnya sembilan orang maut akibat cacar monyet di wilayah Sindh, selatan Pakistan, dengan 25 kes disahkan setakat tahun ini, menurut jabatan kesihatan wilayah itu pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut angka rasmi, 122 kes disyaki dilaporkan, menunjukkan penularan berterusan virus itu di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, daerah Khairpur kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan 18 kes disahkan, diikuti Sukkur dengan tiga kes dan Karachi dengan empat kes.

Pegawai berkata, situasi itu sedang dipantau rapi sambil menggesa orang ramai mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami simptom serta mematuhi langkah berjaga-jaga bagi mengehadkan penularan.–Bernama-Xinhua, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here