Home Hiburan SUAMI IZARA AISHAH KONGSI WAJAH BAYI, PERKENAL NAMA TAHARA ALIMA

SUAMI IZARA AISHAH KONGSI WAJAH BAYI, PERKENAL NAMA TAHARA ALIMA

39
0

KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon Izara Aishah, Muhammad Adib Khalid, akhirnya mendedahkan wajah anak ketiga mereka buat kali pertama selepas kelahiran bayi itu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adib, 36, turut memperkenalkan nama cahaya mata perempuan mereka, Tahara Alima.

Memetik laporan Berita Harian, menurut Adib, kehadiran permata hati terbaharu itu melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga yang dibina, selain disifatkan sebagai anugerah tidak ternilai.

“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib.

“Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” tulisnya.

Perkongsian video itu turut memaparkan momen menyentuh hati apabila anak sulung mereka, Irisa, dilihat menggendong adiknya dengan penuh keterujaan.

Dalam pada itu, Adib merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa dan ucapan buat keluarga mereka.

“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.

“Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak solehah. Amin,” katanya.

Terdahulu, berita kehamilan Izara dikongsi pada awal Februari lalu menerusi hantaran jenama fesyen yang bekerjasama dengannya bagi koleksi Hari Raya.

Izara atau nama penuhnya, Izara Aishah Hisham, mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6; Amara Amina, 3; dan Tahara Alima.–BH Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here