Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Guru yang dipercayai merempuh dua pelajar perempuan di depan surau sekolah hingga menyebabkan salah satunya maut akan dituduh dalam masa yang terdekat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, bagaimanapun guru berusia 57 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada guru tersebut dan akan dituduh di mahkamah selepas siasatan selesai.
“Guru itu akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 198,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan IPK, di sini hari ini.
Semalam, guru berkenaan direman dua hari bagi membantu siasatan dan sudah dibebaskan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera parah akibat dirempuh oleh sebuah kereta yang guru wanita dipercayai tertekan pedal minyak di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini.
IMedikel TV






