Home Hiburan SITI NURHALIZA JAWAB ISU TIKET BERDIRI DALAM KONSERT DI ZEPP KL

SITI NURHALIZA JAWAB ISU TIKET BERDIRI DALAM KONSERT DI ZEPP KL

75
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Harian Metro keputusan penganjur menyediakan tiket kategori Anugerah Aidilfitri (berdiri) bagi konsert Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Zepp KL, di sini, malam tadi dibuat demi memenuhi permintaan luar biasa peminat.

Mendedahkan perkara berkenaan, Biduanita Negara itu menjelaskan dia sentiasa mengutamakan keselesaan penonton terutama yang mempunyai kekangan fizikal walaupun segelintir pihak meluahkan rasa terkilan.

“Sebenarnya ceritanya panjang apabila saya menyatakan hasrat untuk mengadakan persembahan di sini. Ada yang meluahkan rasa terkilan kerana membeli tiket berdiri.

“Namun, kami tetap menyediakan ruang tempat duduk kerana saya memahami ada peminat yang sudah berusia dan mempunyai kekangan tertentu seperti masalah lutut. Jadi, kami menambah kerusi untuk keselesaan mereka,” katanya.

Siti turut menambah penonton di kategori berdiri, rata-ratanya adalah mereka yang mahu menghayati persembahan dengan lebih santai.

“Mengenai penonton yang berdiri itu bukan apa-apa, kerana mereka benar-benar menikmati persembahan dan ingin beraya bersama lagu-lagu saya,” katanya.

Menariknya, konsert eksklusif itu direalisasikan dalam tempoh singkat selepas mendapat permintaan daripada peminatnya sejak Ramadan lalu.

“Perancangan ini sebenarnya bukanlah dibuat enam bulan lebih awal, tetapi disiapkan lebih kurang sebulan sahaja. Jadi, saya melihat kita masih berada dalam suasana Syawal untuk meraikan peminat.

“Sejak dahulu lagi, peminat menyarankan agar saya mengadakan konsert Aidilfitri. Akhirnya, hasrat itu menjadi kenyataan dan saya cuba untuk memuaskan hati semua peminat saya,” katanya.

Pada konsert itu, Siti mempersembahkan 20 lagu Aidilfitri popular termasuklah lagu-lagunya sendiri serta lagu yang dipopularkan artis-artis lama.

Turut membuat persembahan, Aisha Retno serta dua artis di bawah naungannya, Umairah dan Auddra. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here