Home Luar Negara SILING RUNTUH, AIR MENCURAH DI LAPANGAN TERBANG SOEKARNO-HATTA

SILING RUNTUH, AIR MENCURAH DI LAPANGAN TERBANG SOEKARNO-HATTA

89
0

JAKARTA: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro sebahagian struktur bahagian siling di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, runtuh susulan hujan lebat selama beberapa hari, pada Isnin lalu.

Kejadian itu menyebabkan air deras menghempas ke dalam ruang menunggu balai berlepas dan mencetuskan panik dalam kalangan sebahagian pengembara.

Insiden itu berlaku 1.40 tengah hari di Terminal 3 lapangan terbang antarabangsa utama ibu negara itu.

Seorang penumpang penerbangan memberitahu agensi berita tempatan, Antara mengenai kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, rakaman yang tular di media sosial menunjukkan air menitis melalui sebahagian siling sebelum beberapa panel runtuh dan air mencurah ke ruang menunggu.

Orang ramai dilihat segera menjauhkan diri dari lokasi kejadian sambil membawa barangan masing-masing.

Antara turut melaporkan, beberapa penerbangan yang dijadual mendarat di lapangan terbang itu lebih awal pada hari sama dilencongkan. Ia berikutan hujan lebat dan perubahan arah angin.

Penolong Timbalan Komunikasi dan Hal Ehwal Perundangan PT Angkasa Pura Indonesia (InJourney Airports) bagi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Yudistiawan berkata, insiden itu terjadi kira-kira lima minit.

Beliau berkata, kakitangan lapangan terbang segera membersihkan kawasan terjejas bagi mengelakkan sebarang kesan terhadap perkhidmatan penerbangan.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Yudistiawan berkata, semua kemudahan seperti landasan dan parkir pesawat kekal beroperasi sepenuhnya susulan kejadian berkenaan.

Katanya, selepas kerja pembersihan, keadaan kembali normal dengan operasi lapangan terbang diteruskan seperti biasa. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here